Thursday, July 30, 2009

Singgahan ke-17 ~ Pemikiran ~

Salam..
Pemikiran - Dalam dunia ini mempunyai pelbagai generasi yang pelbagai budaya, bangsa, agama, pendidikan, sosialiti, kendiri dan mentality. Dikategorikan, 'semuanya antara kita tidaklah sama'. Disini, aku ingin mengulas dari buah pemikiran aku sendiri mengenai pemikiran setiap manusia yang berbeda-beda waima aku sekali. Di olah disini, setinggi mana pun teras pendidikan kita, tidak semestinya kita itu bijak dalam mengatur kehidupan. Strategi, lancaran, panduan menjadi antara tonggak kehidupan yang perlu diselarikan dengan pemikiran yang bernas. Meski seseorang itu hanyalah mempunyai sijil rendah, tidak bermakna dia mempunyai tahap pemikiran yang sempit.
Pemikiran diselaras dengan keterbukaan dalam menskop ruangan luar jangkaan minda. Bermakna disini, kita perlu berfikiran terbuka dan belajar menerima. Tiada manusia yang pandai jika hanya menyangka pemikiran dia hanya yang terbaik tanpa mengambil usul kata yang lain. Setinggi mana ilmu jika tidak ada sifat menerima, akan menyebabkan kesusahan pada diri sendiri. Kata-kata orang sekeliling tidak diendahkan menyebabkan mereka rasa seperti tidak berguna.
Pemikiran juga harus berani dan kreatif. Tidak ada siapa yang suka dikatabelakang tambahan mengenai keburukan. Berani meluahkan bertentangan mata akan menjadikan kita lebih dihormati dan terbuka. Kreatif untuk mengubah haluan hidup berani belajar sesuatu. Mempunyai pemikiran bersaing antara individu-individu dan bersikap ambil tahu.
Ok. Sampai disini sahajalah olahan dari buah pandangan dan pemikiran saya. Minta maaf jika ada salah silap.MyEm0.Com

2 comments:

  1. pergh mendalam maksud dia tu..aq setuju ngan pendapat ko tu..

    ReplyDelete
  2. hahaha..tgk la sape org nye..lalalala

    ReplyDelete