Tuesday, December 28, 2010

Kembali setelah lama pergi..

Alunan rindu membuih rasa jiwa
memberi kata yang tiada istilah
menyanyikan ritma melodi jiwa
mencetuskan rasa keharmonian diri

Inspirasi jiwaku ku ukir dalam kamus hidup
menatang kehidupan yang telah berlalu
melayari susur lulur keindahan skirp yang diberi
tanpa rasa pedih ku pasrah

Sujud ku bersyukur atas nikmat yang diberi
pembelajaran yang bergurukan diri
memberi keputusan terbaik dalam hidup ini
mematangkan usia perjalanan ini

Kesunyian nyanyian jiwa
kerinduan tarian hati
kasih sayang yang tiada ganti
kesetiaan menjadi galang ganti

Terbuai dalam ayunan kegembiraan
tanpa menyedari kehadiran keresahan
bila bertemu menjadi petengkaran
hubungan yang tiada kesudahan...

Tuesday, October 5, 2010

Kisah Semalam Biarkan Berlalu

Salam..

Seperti biasa, kemalasan aku menjadi benteng utama untuk aku lupakan blog ini..hehe.. Dalam sebulan dua ini, banyak perkara yang terjadi pada aku. Ada yang manis, masam, tawar, pahit, kelat dan 1001 rasalah. Sangat payah untuk aku terima tambah-tambah bila melibatkan perasaan. Kadang-kadang aku terfikir kenapa semua ini terjadi pada aku dan bila aku fikir sekali lagi, itulah rencah kehidupan. Sekarang ini aku cuba mencari kebahagian diri sendiri. Dan aku harap, aku tidak salah untuk melalui semula apa yang telah aku pilih ini. Aku amat berharap jalan yang aku pilih ini yang baik buat aku.

Ya, aku sudah (baru) berpisah dengan kekasih hatiku.. Sedih memang sedih tapi Allah s.w.t lebih mengetahui apa yang terbaik buat aku. Dia lebih tahu apa yang aku terima dan jalani selama ini.. YA Allah, sungguh agung kekuasaan-Mu dan sifat-Mu..Tiada siapa dapat mengetahuinya..

Jadi, aku ingin mulakan fasa kehidupan baru. Aku ingin jalani apa yang telah aku lepaskan dulu, sujud syukurku pada-Mu kerana memberi kesempatan untuk aku merasa nikmat Mu ini. Sungguh aku bersyukur.. Hanya Kau sahaja yang tahu apa yang aku selalu inginkan, niat ku, kehendakku tapi Engkau lebih adil memberi aku jalani hidup ini. Sungguh aku takjub dengan Kekuasaan Mu.. Amin Ya Rabb..

Kini, Biarkan Semalam Berlalu.. Mulakan yang baru... i Love My Life..

Tuesday, July 27, 2010

Ok, memang dah lame..ye, sgt lame.. *sigh*

Salam..

Mujur aku tau lagi paswet blog aku..haha..lame btul aku xbukak blog ni.ok, nk bg sedikit perubahan (cam ketinggakan zaman jek).. perubahan simple but nice..nape eh dh lame aku xbukak blog and updated my blog? sebab nye, sibuk keje and sibuk meng-fb-kan diri..hahaha... sian blog aku nih..jgn sidih2 ye...

sekarang hampir masuk bulan Ramadhan, and hari ini adalah Nisfu Syaaban (dpt gak aku pose). Ya Allah, dalam sedar xsedar, sudah nak Puasa and Raya. pastu akhir tahun, pastu awal tahun, pastu aku jadi tua sedikit espeselli umo la tp kalu face xkot..hehehe.. ok, entry hari ini aku nak gtau nape dh lame aku xupdate blog je. pasni enrty aku nak buat yg ilmiah sket. baru la dpt berkat dr ilmuan..huhu..

ok2, i nak g cr ilmiah yg berguna, coming next..tatatata....


Monday, January 4, 2010

MENYAMBUT TAHUN BARU + AZAM BARU 2010

Salam..

Mungkin dh terlewat tp nk gak post. Tahun baru 2010 -SELAMAT DATANG- bermulalah hikayat cerita manusia bagi tahun baru ini. Pelbagai cara dan sambutan unutk merai kehadirannya ~tapi aku x follow pn mane2 perayaan~ dengan ini, terpasang la azam baru walau pun azam yang lepas belum terlaksana atau xabis laksana. Apa azam aku tahun ni yer?hurm..dulu mase kecik2, mcm2 azam ada tp 1 hape pn xwat yela, taim 2 mane la pk secare matang lagi kn...so sebagai wanita yang menuju kearah dewasa secara profesional, aku nak tanam kan azam yang benar-betul-benar, harap2 dapat dilaksanakan dengan baik n teratur.Antaranya:-
1. Menjadi pekerja yang efektif.
2.Menjadi lebih matang.
3.Memperbaiki hubungan kearah toleransi.
4.Nak kumpul duet pas2 nak kawen (hohoho) then
5.Melaksanakan senua azam yang aku catat ni, amin.....

'Ya Allah, berikan lah keberkatan dalam hidupku untuk menempuh ranjau liku perjalanan ini. Hanya pada-Mu aku berserah dan pasrah. Kuatkanlah diriku dalam menempuh dugaan dan makbulkanlah doa ku ini. Amin'



Kali ni utk tahun baru, nak post sederhana jek sbb nk fokus pd kerjaya..selamat maju jaya kwn2...muahx