Tuesday, October 5, 2010

Kisah Semalam Biarkan Berlalu

Salam..

Seperti biasa, kemalasan aku menjadi benteng utama untuk aku lupakan blog ini..hehe.. Dalam sebulan dua ini, banyak perkara yang terjadi pada aku. Ada yang manis, masam, tawar, pahit, kelat dan 1001 rasalah. Sangat payah untuk aku terima tambah-tambah bila melibatkan perasaan. Kadang-kadang aku terfikir kenapa semua ini terjadi pada aku dan bila aku fikir sekali lagi, itulah rencah kehidupan. Sekarang ini aku cuba mencari kebahagian diri sendiri. Dan aku harap, aku tidak salah untuk melalui semula apa yang telah aku pilih ini. Aku amat berharap jalan yang aku pilih ini yang baik buat aku.

Ya, aku sudah (baru) berpisah dengan kekasih hatiku.. Sedih memang sedih tapi Allah s.w.t lebih mengetahui apa yang terbaik buat aku. Dia lebih tahu apa yang aku terima dan jalani selama ini.. YA Allah, sungguh agung kekuasaan-Mu dan sifat-Mu..Tiada siapa dapat mengetahuinya..

Jadi, aku ingin mulakan fasa kehidupan baru. Aku ingin jalani apa yang telah aku lepaskan dulu, sujud syukurku pada-Mu kerana memberi kesempatan untuk aku merasa nikmat Mu ini. Sungguh aku bersyukur.. Hanya Kau sahaja yang tahu apa yang aku selalu inginkan, niat ku, kehendakku tapi Engkau lebih adil memberi aku jalani hidup ini. Sungguh aku takjub dengan Kekuasaan Mu.. Amin Ya Rabb..

Kini, Biarkan Semalam Berlalu.. Mulakan yang baru... i Love My Life..

No comments:

Post a Comment